RSS

ciri ciri wanita soleha

musuh-musuh Islam di medan pertempuran, tetapi sedikit sangat daripada isteri-isteri yang
menyempurnakan hak-hak suami mereka." (Hadis riwayat Al Imam Bazzar)
Isteri adalah pusat dan sumber kebahagiaan dan ketenteraman di dalam sebuah rumahtangga. Ia
perlu mempunyai sifat-sifat sabar dan perhatian yang sepenuhnya kepada suami dan juga anak-
anak.

Sikap inilah yang boleh mewujudkan suasana yang tenang, aman dan damai dalam rumahtangga.
Dalam hal ini, para isteri sayugialah akan sentiasa bersikap baik kepada suami.
Saidina Abu Bakar Radhiallahu Anhu meriwayatkan bahawa Rasullullah Sallallahu Alaihi
Wasallam pernah bersabda: "Seorang wanita yang menyakiti hati suami dengan lidahnya, dia
mendatangkan celaan dan kemurkaan Allah, para malaikat dan umat manusia."
Selain itu, Saidina Ali Radhiallahu Anhu meriwayatkan sebuah hadis mengenai setiap isteri yang
tidak menghormati status suaminya. "Wanita yang berkata kepada suaminya yang tidak melihat
apa-apa kebaikan pada suaminya, Allah menghapuskan segala perbuatan baiknya selama 70
tahun, walaupun dia berpuasa selama itu siang hari dan bersembahyang pada malamnya." (Hadis
Riwayat Imam Majah dan An-Nasai)

Berdasarkan huraian ringkas di atas, para wanita semestinyalah mengamalkan sikap taat dan
bertakwa kepada Allah, bertanggungjawab kepada suami dan menjaga kehormatan dirinya.
Semoga dengan itu, akan mudahlah mereka mendapat rahmat dan keredhaan Allah. Rahmat dan
redha Allah itulah yang akan menjamin kebahagian hidupnya di dunia dan di akhirat.
POSTED BY KASIH_KEKASIH AT 8:46 PM | 29 COMMENTS
~Nabi haramkan cabut bulu di muka untuk cantik~
KAUM wanita amat mengambil berat mengenai kecantikan, terutamanya kecantikan wajah
kerana wajah yang pertama dipandang orang apabila berjumpa.

Oleh itu, ramai di kalangan wanita sanggup membelanjakan wang yang banyak untuk
mencantikkan wajah. Antara cara dianggap boleh mencantikkan wajah dan rupa paras ialah
dengan membentuk bulu kening atau alis mata dengan mencabut dan mencukur sebahagian atau
kesemuanya sekali.

Kemudian bulu kening akan dibentuk semula dengan alat solekan seperti celak dan pensil alis
sehingga kelihatan lebih cantik dan menarik.Amalan itu bukanlah perkara baru dalam dunia
persolekan wanita tetapi sudah diamalkan wanita di zaman jahiliyyah sebelum kedatangan Islam
dan berterusan hingga hari ini.

Malah dengan kebanjiran pelbagai jenis alat solek di pasaran serta kepakaran yang ada, bulu
kening atau alis yang sesuai dengan raut wajah seseorang boleh dibentuk dengan mudah.Walau
bagaimanapun, wanita hari ini perlu memastikan apa yang dilakukan tidak bercanggah dengan
ajaran Islam, termasuk bidang persolekan.Merujuk kepada teks syarak berkaitan persoalan ini,
terdapat dua hadis yang menegur secara langsung perbuatan mencukur bulu kening.

Perkara ini membabitkan satu riwayat tabf berkaitan dengan riwayat Imam Al-Tabari, bahawa
isteri Abu Ishaq pergi ke rumah Aisyah Ummul-Mukminin, puteri Rasulullah saw.Pada waktu itu
rupa parasnya sangat jelita.
Beliau lalu bertanya kepada Aisyah mengenai hukum seorang wanita yang membuang bulu-bulu yang terdapat di dahinya untuk tujuan menambat hati suaminya.Aisyah menjawab: "Hapuskanlah kejelekan yang ada pada dirimu sedaya yang kamu mampu."Hadis kedua diriwayatkan oleh Al- Bukhari, Muslim dan Abu Daud yang menerangkan bahawa Rasulullah saw bersabda:"Allah








melaknat wanita-wanita yang mencabut bulu kening atau bulu muka (al-Namisah) atau meminta orang lain mencukur atau mencabut bulu keningnya (al-Mutanammisah), wanita yang mengasah gigi supaya kelihatan cantik.

Perbuatan itu telah mengubah ciptaan Allah."Mengenai hadis pertama, Imam Nawawi
berpendapat bahawa jawapan Aisyah kepada wanita itu membawa erti bahawa wanita boleh
bersolek untuk suami, boleh merawat muka untuk menghilangkan kejelekan seperti jerawat,
jeragat dan bintik-bintik.Namun demikian, beliau tidak boleh mencabut atau mencukur bulu-bulu
di muka, termasuklah bulu kening untuk membentuk alis mata yang cantikMengenai hadis kedua
pula, ulama menjelaskan pengertian al-Namisah.

Ibn al-Athir berpendapat ia bermaksud wanita-wanita yang mencabut bulu-bulu yang terdapat
pada kawasan muka dengan tidak menggunakan alat pencabut.Ibn Hajar pula berpendapat, ia
bermaksud wanita yang mencabut bulu-bulu di muka dengan alat pencabut.Abu Daud pula
berpendapat, ia bermaksud wanita yang mencabut bulu-bulu kening atau mencukurnya dengan
pisau pencukur sehingga kelihatan halus.

Keterangan di atas menunjukkan perkataan al-Namisah merangkumi semua pengertian iaitu
mencabut bulu-bulu di muka untuk kelihatan cantik dan berseri.Majoriti fuqaha berpendapat,
mencabut atau mencukur bulu kening sehingga kelihatan halus adalah diharamkan sama ada
kepada lelaki atau wanita kerana perbuatan itu termasuk dalam istilah mengubah ciptaan Allah
sebagaimana dijelaskan dalam hadis kedua.

Namun demikian, bagi wanita yang mempunyai terlalu panjang atau terlalu lebat sehingga
kelihatan jelik, bolehlah mencabutnya sekadar membolehkan kelihatan halus kerana ia tidak
dianggap mengubah ciptaan Allah.Kesimpulannya, berhias untuk suami adalah diharuskan tetapi
membentuk bulu kening dengan mencabut atau mencukurnya sehingga menjadi alis yang cantik
adalah tidak dibenarkan. Menghilangkan sebarang tanda yang menjelekkan pandangan di badan,
termasuk muka seperti jerawat, jeragat dan bintik hitam, adalah dibenarkan sama ada wanita
bersuami atau tidak.

Dalam keghairahan wanita mencantikkan wajah untuk menambat hati suami atau sebagainya,
jangan sampai terkeluar daripada sempadan yang digariskan oleh syarak kerana kecantikan
bercanggah dengan syarak akan menggadaikan diri sendiri.
POSTED BY KASIH_KEKASIH AT 8:43 PM | 1 COMMENTS
THURSDAY, OCTOBER 21, 2004
~Ciri-ciri Pakaian Wanita Islam~
Pakaian itu mesti-lah menutup aurat , sebagaimana yang di-kehendaki syrari'at Islam
Tudung kepala, hendak-lah di-labuhkan sehingga ke-paras bawah dada.

Bersarung kaki / berstokin untuk menutup aurat bahagian kaki.
Pakaian tidak terlalu nipis, ketat dan sempit.
Warna pakaian suram atau gelap seperti kelabu, hitam, biru tua, hijau tua. Tidak boleh

berwarna-warni, berbunga-bunga menarik dan tabarruj.
Pakaian tidak di-kenakan wangi-wangian , kecuali ketika bersama suami di-rumah.
Tidak berhias-hias, bermake-up, bergincu bibir ketika keluar rumah, kecuali bersama suami di










rumah. Juga tidak bergelang-jurai emas, ketika keluar rumah semacam hendak menunjuk-nunjuk.
Pakaian tidak menyerupai kaum lelaki ataupun wanita kafir / musyrik.
Jika keluar berjalan jangan-lah memakai kasut bertumit, sehingga berberbunyi keletok-keletok
yang boleh mengganggu ketenteraman kaum lelaki.
Jika berjalan , jangan di-lenggang-lenggokkan badan serta gaya berjalan yang juga boleh
mengganggu ketenteraman kaum lelaki.
POSTED BY KASIH_KEKASIH AT 1:47 AM | 1 COMMENTS
WEDNESDAY, OCTOBER 13, 2004
~Wahai Wanita~
Ketahui lah anda adalah tamsilan kepada keindahan, namun begitu anda jua adalah tamsilan
kepada kerosakan & kemusnahan.

Tuhan menjadikan wanita untuk menghiasi bumi ini. Tanpa wanita dunia ini terasa sempit & tidak
seronok untuk didiami. kaum lelaki akan berasa rimas sebagaimana Nabi Adam A.S. pernah
dilanda gelisah meskipun hidup dipenuhi kenikmatan di syurga. Lalu baginda memohon kepada
tuhan agar dijadikan seorang teman agar boleh dia berbicara, bergurau senda & membina
sahsiahnya. makan terciptalah Siti Hawa dari tulang rusuk kiri Nabi Adam A. S. & segala
kenikmatan syurga disekeliling terasa wujud...
Tanpa Permaisuri siapakah lelaki yang digelar raja ,
Tanpa isteri siapalah lelaki yang digelar suami
Tanpa wanita siapakah lelaki yang mahu digelar pemimpin.

Tanpa perempuan siapakah lelaki yang digelar ayah...
Seorang wanita terutama yang bergelar isteri cukup mudah untuk memasuki syurga tetapi seorang
wanita juga amat mudah dilemparkan ke neraka . segalanya bergantung kepada agamanya..
Lihatlah Peranan Wanita-Wanita Ini..

Tanpa Siti Khadijah , barangkali Rasulullah S.A.W. tidak mendapat 'dorongan' yang amat
diperlukan untuk terus bangkit , berpegang teguh kepada keyakinannya & menyebarkan Islam
sebagaiman semestinya.
Tanpa Aishah , barangkali banyak hadis Rasulullah S.A.W. tidak sampai kepada umat islam
seluruhnya.
Tanpa Fatimah Az-Zahrah, barangkali Sayidina Ali tidak muncul sebagai menantu Rasulallah
S.A.W. yang amat disayangi.
Tanpa Asiah, barangkali Nabi Musa A.S. tidak terbela hingga menjadi penentang kepada
suaminya yang amat kufur & mengaku tuhan itu.
Tanpa Masitah , barangkali tidak terbukti betapa wanita boleh berpegang teguh kepada keimanan
meskipun maut didepan matanya.
Tanpa wanita , siapalah lelaki kerana setiap lelaki datangnya dari perut wanita...
Lihatlah Pula Peranan Wanita-Wanita Ini..

Seorang wanita yang menjadi isteri kepada Nabi Nuh A.S. telah bertukar menjadi seorang
penentang kepada kebenaran,
Seorang wanita di zaman permulaan Islam sanggup melapah dada Sayidina Hamzah & menguyah
hatinya,




Seorang wanita tergamak meletakkan najis unta ke kepala Rasulullah S.A.W. Serta dalam sejarah manusia sejagat ramai wnaita menjadi pendorong kepada kemaksiatan, kekufuran, kehancuran & kemusnahan lelaki.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 komentar:

Posting Komentar